Friday, 30 November 2012

Blog ttc memberi semangat

Aku mmg suka membaca dan rajin sgt2 jalan2 kat blog2 tuk tambahkan ilmu. Lagi2 tentang kwn2 yg sdg ttc sgt lah suke membaca. Sekurang2nya aku tak stress bila baca blog2 yg ttc ni sbb apa aku rasa Alhamdulilah, Allah sekurang2nya dah berikan aku nikmat mengandung juga. Walaupun kali kedua cubaan dekat 2 thn lebih ni tak menjadi sekurang2nya aku dah ada sowang anak dunia dan akhirat. Dulu aku rasa stress bila tau kwn2 pregnant sbb aku pun nak pregnant gak . Bila stress hormone jadi tak betul + kuat makan + badan gemok sedirik tanggung. So Lepas aku dnc tuari aku mmg tak nak stress dah janji kat diri sendirik hidup perlu diteruskan . Aku doakan Allah mendgr doa2 yang blog2 ttc ni .Aku pun doakan bila aku baca blog yg aku singgah mmg aku doakan suatu hari Allah akan bg nikmat rasa mengandung =).

Ni adik ipor aku ... Farid
Nama adik beradik laki aku semua F
Faizal , Farid and Farhan anak aku pulak Faris =) verangan klu dpt anak perempuan nak nama Farisya

Bubbye ♥

Pengguna Setia

Haiii semua. Nak share pasal Vita  C Shaklee aku salah sowang pengguna setia Vita C Shaklee. Aku dah consume dekat 6 bulan. Alhamdulilah kulit muka mmg rs lain sebelum aku makan Vita C Shaklee ni.
Aku pun cadangkan kat opismate aku suh makan Vita C ni alhamdulilah derang pun sgt lah puas hati. Bukan je muke lembut je + tenaga plak badan kurang rasa letih sgt best yg ni. Alhamklumlah kite perempuan bekerja plak balik perang gan kuali piuk kat dapur mlm adeehh letih sudah mood dah takde. Alhamdulilah sejak aku consume Vita C , Vita E and terbaru aku + Alfafa alhamdulilah badan taklah rasa lesu sgt.
Harga sgt lah berbaloi murah 180biji tahan 6 bulan harga tak sampai seratus jimat $$ murah murah murah.
Opismate aku pun ramai yg mmg amek dgn aku murah je harga kwn2. Ni bentuk Vita C Shaklee korang patut cuba okay.


Ni dia pilnya 1 hari sebijik je ^__^


Gambar close up ms ni amek sbb sakit mata O__^


Ni gambar nampak gigi ^__^

Ni kira latest lah

Ni pun latest juga. Aku mmg tak pakai bedak compact just pakai Tanaka White cream + bedak tabur johson baby Faris punye jimat tak duit. Aku mmg tak suke pakai bedak compact

Nanti aku update plak testimoni aku guna Felinna Inchloss ternyata berkesan .

Kalau korang nak harga kwn takdehal msj je aku
Lin : 0197847527

Bubbye ♥

Thursday, 29 November 2012

Nak tiket free ^__^

Entri kat atas bukan nak bagi tiket FREE tau tapi kami yang nak tiket FREE @ MURAH kikiiikkiiik.
Actually kiteorg laki bini tgah menabung duit nak beli annual pass legoland mahaaaiii dewasa jerk kami berdua dah RM550 / RM275 satu kepala. Budak2 RM210 untuk faris total RM760.. ummmaakaiiikkk
Bila agaknya dah dpt murah @ FREE sgt seronok kalau dapat murah pun sudah berbaloi. Kalau nak beli yg sekali masuk mmg dpt murah RM65 dah leh dpt tu pun kn cr lubang kwn2 lah dpt tp agak rasa merugikan sekali masuk je dah dpt masuk tap tap hujan lahhhaaaiiii terluka hati . So kiteorg pun bercadang lah nak hadiahkan Faris nanti time harijadi dia 30/01/2013 nanti nak bwk Faris g legoland. Sekarang ni dok asik tanya je ibu dah kumpul duit belum ayis nak g legoland. Sabar ye wahai anak ibu gan bapak tgah menabung hihihihih.Berbalik pada annual pass ni kalau beli nanti bile2 rasa time boring bole lah ke sana tak jauh pun dr rumah aku dlm 1 jam sampai lah. Nanti laki aku ni selalu lah outstation keluar mati akal kdg2 nak bawak faris berjalan ke mana. Laki aku pun cadangkan nanti beli je annual pass klu abg g outstation leh lah bawak Faris g sana. InsyaAllah sayang akan ibu gan bapak tunaikan permintaan Faris. Anakku dunia akhirat =).
Rendu kat faris.. budak busuk..

Masa ni umur 2 thn


Umur 3 Tahun


3 Tahun 9 Bulan


Bawah 1 tahun lupe bape bulan

♥ SYED MUHAMMAD FARIS ANIQ BIN SYED MOHD FAIZAL ♥

Bubbye ♥

Felinna Inchloss sudah mari ^__^

Tuari aku ada beli Felinna Inchloss kire2 dah 2 minggu aku guna. Alhamdulilah rasa perubahan .. dulu pinggang 38inch sikalang 35inch ^__^ happy giler gabak kan aku ni. Sekarang aku jadi dealers Felinna Inchloss ni. Korang nak jadi jum tambah pendapatan dgn modal RM500 je anda dah boleh jual Felinna Inchloss.

Panas2 lagi smlm baru sampai


Siap sedia untuk diagih2kan


Saya pengguna Felinna Inchloss + Vitamin C Shaklee + Vitamin E Shaklee + Alfafa Shaklee Ohsem !

Promotion Next week ! Hurry up booking dulu

Teruja tak so ape lg jum order Free postage
2Botol Felinna Inchloss / RM140

Lin : 0197847527

Bubbye ♥

Wednesday, 28 November 2012

Hujan = Lapo

Sekarang kat senai , jb hujan lebat . Sebelum pukul 6 berenti lah hujan nak balik payung non adoo..
perut lapo tibe2 terbayang makanan. Ni antara koleksi gambar yg aku masak .









Terliur tak ??? Lapooo

Bubye ♥

Assalamuailaikum Hari Rabu ^__^

Laki aku sibuk pikir ape yang project nak buat untuk long term nak dptkan side income. Mcm2 project muncul nak bela ayam lah , lembu , kambing lah , burung lah tapi tu semua kena penjagaan rapi agak sukar. So masa ry thn ni pi beraya umah pakcik aku borak punye borak pak cik aku pun ckp kat laki aku klu nak side income ni klu ada tanah baik tanam pokok kelapa. Kiteorg pun bercadang2 usulkan project kat bapak mertua. Jengok2 tanah yg belum teroka kat felda tu depan umah bapak mertuaku ada tanah yg belum teroka so kiteorg pun cadang lah nak tanam kelapa kat situ. Aku pun gugel2 tgk pokok kelapa apa yg bagus mcm2 pokok kelapa rupenya. Laki aku pun call jabatan pertanian tanya benih tapi benih takde bulan 1 2013 nanti katenya baru ada. Laki aku tak sabo dia pun gugel2 cr tempat yg dekat2 jual benih pokok kelapa. Alhamdulilah jumpa pak cik mat kat selong kampung sinaran baru senai dia jual benih POKOK KELAPA MATAG (THAILAND) dgn harga RM15 satu pokok. Yeeeeyy suka masa pergi kebun pak mat tu. Untuk percubaan kiteorg amek 20pokok dulu. So ni hasilnya yang kiteorg tanam. Bagi korang tgk gambar ..


2 beranak melawat tapak semaian


Cara Tanam ^__^


Faris yang sgt excited main pasir katanya

Ni hasil gambar yang sempat di snap oleh jurugambar tak berbayar hhhihihi. Insyallah hasilnya lagi 3 tahun lagi . Doakan kami sekeluarga ye berjaya! Lagi 3 tahun hasilnya insyallah macam ni

Lebatkan ! i like air kelapa
Bubye ♥

Tuesday, 27 November 2012

Felinna Incloss ! Hot Selling !!! Hurry up

Salam Semua...

Jum order Felinna Incloss Lai Lai Lai.... Rm73 sahaja Free postage
Berminat nak beli secara borang . Nak jadi dealer . Dialu2kan.. Jum bisnes yang penting ada modal =)

KRIM PELANGSINGAN YANG BOLEH DIRASAI KESAN HEBATNYA HANYA DENGAN SEKALI SAPUAN.. SEBELUM GUNA SILA UKUR DULU SAIZ KAWASAN YANG INGIN DIKECILKAN..:)

Risau dengan pengambilan supplement penurunan berat badan yang memudaratkan?
Malas untuk berdiet keterlaluan?
Krim pelangsingan badan sebelum ini berbau serai, halia atau sangat panas??

MEMPERKENALKAN, SEJENIS LOSYEN BADAN YANG UNIK DAN ISTIMEWA!!
INCH LOSS DARI FELINNA BEAUTY..
berharuman persis minyak wangi memukau rasa, memiliki sensasi dingin (tidak terlalu hangat) dan mesra pengguna..
mampu membakar lemak2 berlebihan serta selulit di bahagian badan yang diingini seperti di perut, peha, pinggang dan lengan dengan sapuan mudah tanpa lekitan. Turun 5 KG sebulan tanpa berdiet dan senaman yang meletihkan!!



APA KEISTIMEWAAN SEHINGGA MENDAPAT SAMBUTAN PALING HANGAT MASAKINI?

-diformulasi dari bahan semulajadi yg selamat utk semua, termasuk wanita hamil (syarat nya jangan sapu pada perut dan belakang pinggang),  untuk ibu menyusu atau mereka yang gastrik.

-dibacakan 30 juzuk al-quran di maahad tahfiz Bukit Mertajam, P.Pinang... Semoga lebih dirahmati dan memberi kesan sebagaimana diingini pengguna..(Jd jangan langkah ya, simpan di tempat yang sepatutnya.)

-yang sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun boleh guna untuk menambahkan kecepatan proses pembakaran lemak.

-selain menghilangkan lemak2 berlebihan dan selulit, ia juga memperbaiki/merawat tekstur kulit badan agar lebih sihat, anjal, berseri serta memberikan wangian semulajadi.

-boleh disapu pada pipi dan dagu (sapuan nipis) untuk menjadikan dagu lebih runcing dan menghilangkan dagu tembam atau berlipat, kulit leher melendut)

CARA GUNA:

-picit secukupnya dan sapu pada bahagian badan yang memerlukan sambil membuat urutan ringan dengan gerakan membulat (pusingan arah ikut/lawan jam) beberapa kali atau sehingga ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit.
-sapu 2x sehari, sebaiknya selepas mandi dan juga malam sebelum tidur.
-boleh digunakan oleh lelaki dan wanita (ibu dalam pantang juga boleh mengamalkannya)


Saya dah guna anda bila lagi ??

Lin : 0197847527

Bubye

Tuesday, 20 November 2012

Monday, 19 November 2012

Promosi November2012 | Alfalfa-Raja segala makanan

Berakhir sudah demam ESP bulan Oktober! Memang huru hara jadinya dengan ESP nih. Jom kita jenguk promosi November pulak ye.
Apa dia yang istimewa?


A-L-F-A-L-F-A!!!!!!!!!!!
Raja segala makanan!

Jom kita tengok apa khasiat dan keistimewaannya. Alfalfa boleh digunakan sekiranya anda menghadapi simptom2 berikut.


Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur. 


Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa: 

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Kredit : vitaminsemulajadi

Wednesday, 14 November 2012

MA'AL HIJRAH 1434

... أسلام عليكم ... (Assalamualaikum)
        MA'AL HIJRAH 1434
Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa, InsyaAllah.

Doa Akhir Tahun
(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah – Rabu 29 Zulhijjah 1433H bersamaan 14 November 2012)
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".



Doa Awal Tahun
(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib –Rabu/Mlm Khamis 1 Muharam 1434H/  14 November 2012)

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menj adik an 'Arasy.
Allah menj adik an Luh Mahfuz.
Allah menj adik an alam.
Allah menj adik an Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.



                                       Amalan Sunat BULAN MUHARRAM

                                       
a) Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
                                       
b) Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)
                                       
c) Dalam bulan ini disunatkan agar bykan amalan bersedekah
                                           kepada fakir miskin
                                       
d) Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
                                       
e) Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan
                                           terhadap mereka
                                       
f) Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
                                       
g) Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah
                                           berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.
                                        
h) Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak
                                           pernah menolak permintaan orang yang meminta2 selama hidupnya
  Bubye ♥

Taniah ! Update pemenang contest Adam&Hawa

Taniah pada pemenang contest Adam&Hawa. Aku tak ketinggalan masuk contest ni tapi rezeki tidak memihak pada kami. Feeling2 nak dpt Ipad 2 O__o . Please try Again ^__^

Tadi bukak website astro Taniah pd para pemenang

Terima kasih kerana menyertai peraduan 'Tonton dan Menang Adam & Hawa'. Berikut adalah senarai pemenang peraduan 'Tonton dan Menang Adam & Hawa':

  1. Hadiah Utama - MUHAMAD SHAHRUL FARHAN BIN ABDUL WAHAB
  2. Hadiah Tempat Kedua -NIZATUL ARIF BIN OMAR
  3. Hadiah Tempat Ketiga - NOR BINTI KERI

Terima kasih atas penyertaan yang telah diterima. Tahniah kepada semua pemenang. Saksikan Adam & Hawa setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam di Mustika HD (134)
 
Bubye ♥

Felinna Incloss

Korang pernah dgr Felinna incloss kompem pernahkan. Tadi pg masuk opis nak freshkan minda bukak internet blogwalking sat. Pastu tgk ada jual felinna Incloss ni RM73 free postage . Blog aku dah lupe lah plak nama nyer tapi number telefon ada 0197101985 - ummu. Cume yg ingat mesej kat dia kena ckp tgk kat blog DD terus dpt RM73. Aku pun terjebak beli gak . Nak test tgk kesannya . Lepas guna nanti aku wat entri keputusannyer camno. Mood tak sabo nak tunggu lotion ni sampai ^__^

Ni ha felinna incloss

Tukar cite plak pasal tony moly yg byk gak dijual. Rata2 aku tgk jual dlm rm15 + postage rm5 = rm20
kawan aku jual murah sgt rm12 je aku pun rembat lah satu . Kalau korang nak beli pun bole.

Feeling2 korea giteww ^__^


Bubye ♥

Upt test double line tp samar2

Pernahkan berlaku pd korang yg upt test double line tapi tak pregnant. Ya itulah yg pernah berlaku kat aku.
Korang bayangkan sekali test timbul double line tu...hati sgtlah berbunga2 mcm tu diselingkan gan perut yg nampak buncit so dalam hati sah lah aku pregnant. Pastu selang beberapa hari kuar period yg sikit yg amat . Pakai panty linerje okay sbb time buang ayak kencing je kuar. Tersangat lah stress dgn keadaan yg sebegini rupa. Aku pun pergi lah kinik bawak sekali upt tu ha tunjukkan kat doctor ckp ade double line tp aku ni period. Doctor pun ckp yg maybe aku penat sbb tu darah kuar. Doctor pun ckp mayb aku pregnant sbb double line tu timbul. Kalau nak kate upt tu rosak jarang berlaku yg mcm ni. So dapat lah mc 2 hari. Doctor suh datang lg 2 hr scan waktu pagi sbb doctor perempuan.Aku berjaga2 lah takut pape jadi dan yg penting nafsu makan membuak2 seperti singa kelaparan. Hari yg dijanjikan aku pun terkedek2 datang nak scan. Doctor perempuan yg sombong je asik tgk jam je. Aku dtg dlam kul 12 so mayb time sat lg nak rest. Pastu dia cakap takde mn ade awak pregnant biasa je. Pastu aku tunjuklah upt double line ni yg aku bawak kehulur kehilir. Doctor tu cakap ni rosak ni mungkin tu yg kuar double line. Ok fine aku pun kuar gan
rasa luka kat hati. Bukan sekali benda ni terjadi kat aku 3 kali terjadi benda ni dgn hati tak rela aku pun motivasi diri sendiri dengan mengiyakan bahawa upt test ni rosak.Kali kedua benda ni jadi aku g scan jugaa pastu doctor katemcm pregnant luar rahim. Menitis lg air mata T__T. Doctor buat surat refer Hospital kulai. AKu pun pi lah hospital kulai terus g kecemasan yg tak bape nak cemas tu ^__^. Tunggu ...tunggu...tunggu sampai turn aku check ... checkk doctor pun cakap aku tak pregnant hormone aku tak betul dan mungkin aku stress tu yg jadi mcm ni. Yang double line tu doctor cakap pun tak jelas samar2 gitu so bile doctor buat test kat hospital tak timbul double line tu. So tersgt lah pelik. Aku pun redha lah mungkin ni ujian Allah buat aku dan laki aku. Lepas molar pregnancy aku dnc period dan ok hati tak tertekan. InsyAllah usaha + Doa semoga 1 hari Allah mendengar doa aku dan tak sia2kan usaha kami ^__^. Buat kawan aku yg masuk 4 thn menunggu nak pregnant Alhamdulilah Allah bagi dia merasai nikmat pregnant. Semoga Allah permudahkan segala urusan dia.

Bubye ♥

Friday, 9 November 2012

Sehangat Asmara

Tajuk entri nak bg hangat okay . Awal januari 2013 drama yg wat aku feeling2 bila tgk adam & hawa abis. Digantikan dengan Drama Sehangat Asmara . Bagi aku kalau baca novel aku pilih novel Adam&Hawa kalau drama kena tgk dulu sehangat asmara. Kalau Adam& Hawa watak ain hawani dipegang oleh nadia nissa mmg ohsem ! Sgt suka . Nadia ni pandai berlakon.

Sinopsis Sehangat Asmara

Mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di London, bertemu dengan Zainal Arief. Kay seorang gadis yang agak sosial, Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan mahu merubah hidup Kay yang hanya hanyut dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara tetapi perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga.

Zainal  balik ke Malaysia terlebih dahulu tetapi Zainal menghilangkan diri meninggalkan Kay yang sedang hamil anak mereka di luar negara. Kay sangat rindukan Zainal tetapi suaminya tu tetap tak muncul, Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay lupakan Zainal.
Setelah 9 tahun berlalu, anak mereka sudah membesar barulah Zainal muncul untuk menuntut hak sebagai bapa kepada anak perempuan mereka , Misya. Zainal ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah dan dia tidak menyangka ada seorang anak perempuan. Kay menyimpan dendam pada Zainal dan tak mahu membenarkan Zainal menghampiri Misya kerana meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita.
Apabila Zainal mahu membawa kes ke mahkamah barulah Kay lembut hati membenarkan Zainal bertemu anak mereka. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih ada perasaan cinta lagi dengan Kay, sedangkan pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman. Zainal mula meraih cinta dari Kay semula kerana mahukan keluarga yang bahagia dengan Kay dan anak mereka. Misya pula sedah rapat dengan Zainal, demi anak mereka Kay hidup semula dengan Zainal walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal.
Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita. Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.
Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Bapa Kay mengaku akhirnya yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, tetapi bapa Kay sudah insaf dan mahu Kay dan Zainal berbaik semula

Ending cite ni kay lahirkan seorg bayi lelaki yg di beri nama munir. Kay & Nal bahgia bersama Misya & Munir. Aku gelak gak baca masa name munir. Byk2 name nape nape Munir dia letak heheheheh Sorry ye org yg bernama munir. Yelah kalau Novel kebykkan nama mesti gempak2 okay.

Barisan Pelakon

Rita Rudiani / Kamilia Najwa


Adi Putra / Zainal Arief

Fahrin Ahmad / Azman
Dah lama Fahrin Ahmad tak kuar tv

Bila baca buku aku try bayangkan pelakon2 yg leh sesuai bawak watak2 dlm drama sehangat asmara ni. Baca buku sambil feeling2 sampai nangis T__T mmg kena sepak sekali gan laki aku . Serius sgt sedih time kay kena tinggal dengan nal . Kay kate sakit sgt ati ni T__T touching! Berbalik pd watak2 yg aku bygkan Zainal Arief aku bayangkan adiputra sesuai sbb zainal arief ni ade lesung pipit cam adi putra. Rita Rudaini Sebagai Kay , tp aku membayangkan nora danish . Mungkin sbb gadis yg 20 an yg seksi meksi . Rita cantik tp nampak cam matang. Tapi kalau jadi Kay yg telah ditinggalkan 9 thn tu mungkin sesuai . So kite tgk nanti drama ni keluar mcm mn. Tapi klu adi putra gan nora danish karang bored plak ^__^. Kalau Azman plak aku bygkan aqasha . Tapi klu fahrin pun ok ^__^.
Sama2 kite tunggu and nonton drama ni di Astro HD mustika .. Masak laki aku tak jadi lah nampaknyer nak potong Mustika HD ni lepas abis Adam&Hawa. hihihiihi



Bubye

Thursday, 8 November 2012

Wasiat Luqman Hakim : Kepada anaknya dalam mendidik anak beragama

Nasihat Luqman kepada anaknya, tersebut didalam Al-Quran, surah Luqman ayat 13-19 yang ertinya sebagai berikut :
1. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, dikala sedang memberinya nasihat, (katanya) : Hai anakku! Janganlah engaku mempersekutukan allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu penganiayaan yang besar.
2. Dan kami wajibkan manusia (taat) kepada ibubapa, ibunya yang telah mengandongnya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (kami perintahkan): "Hendaklah engkau bersyukur kepada ku dan kepada ibubapa mu, kepada kulah tempat kembali.
3. Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan aku (dengan sesuatu) tanpa ada pengetahuanmu padanya, tapi gantilah keduanya dengan baik dalam (urusan) dunia, turutlah jalan orang yang kembalimu, maka aku akan mengabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu kerjakan.
4. Hai anakku! "Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau dilangit, ataupun dimubi, nescaya allah akan tunjukkan (memperlihatkannya).Sesungguhnya allah maha halus lagi maha mengetahui".
5. Hai anakku! "Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari urusan-urusan yang dipastikan (allah).
6. Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.
"Bermacamlah pendapat ahli Tafsir mengenai sejarah Luqman .Ada yang mengatakan dia Nabi pada masa antara Isa dan Muhammad s.a.w . Ada yang mengatakan kadi pada masa Bani Israil dan lain-lain pendapat. Tapi pendapat yang paling banyak mengatakan, bahawa Luqman bukanlah Nabi, tapi seorang yang diberi allah 'HIKMAH' yang hidup pada masa Nabi Daud a.s".
7. Dan berlakulah sederhana dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu (dalam berbicara) sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai.
Nasihat Luqman kepada anaknya selain yang bertemu didalam Al-quran surat Luqman dari ayat 13-19, juga tersebut didalam beberapa kitab. Diantaranya tersebut didalam "Tafsir Ruhul Ma'ani", jilid ke 21, halaman 83, dan kitab "Hidayatullah Mursyidin" oleh Guru Besar Syekh Ali Mahfuz yang ertinya sebagai berikut :
1. Hai anakku! ketahuilah sesungguhnya dunia laksana lautan yang dalam, banyak manusia yang karam kedalamnya.Kalau engkau ingin selamat, supaya jangan karam, layarilah dia dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada allah.
2. Orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan dari allah, orang yang biasa dirinya insaf dan sabar kerana menerima nasihat orang lain, tandanya orang itu akan sentiasa menerima kemuliaan dari allah, berasa hina diri dalam beribadat dan bertaat kepada allah ta'ala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepada allah dan lebih menghindarkan diri kepada maksiat.
3. Marahnya orang tua dalam mendidik anaknya, tak ubahnya seperti pupuk bagi tanam-tanaman.
4. Hai anakku! Jauhkanlah dirimu dari berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.
5. Hai anakku! Selalulah berharap kepada allah harapan-harapan yang hasilnya tidak akan membawa engkau untuk menderhakai allah, takutlah kepada allah dengan sebenar takut yang biasa melapaskan engakau dari sifat berputus asa terhadap rahmat allah.
6. Seorang pendusta lekas hilang air mukanya (tak dipercayai orang) dan seorang yang sudah rosak akhlaknya akan banyak gelamunnya terhadap yang salah-salah, memindahkan batu yang besar lagi berat dari tempatnya ketempat yang lain, lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
7. Hai anakku! Engkau sudah merasakan bagaimana beratnya membawa batu yang besar, besi yang berat dan lain-lain yang sangat beratnya, tapi akan lebih berat lagi dari itu, bila mempunyai tetangga yang jahat, engkau telah merasakan bermacam-macam kepahitan tapi akan terasa lebih pahit lagi bila hidup dalam keadaan fakir dan miskin.
8. Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung, sedikit saja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.
9. Hai anakku! Kalau bertemu dua kejadian, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri pesta kahwin maka pergilah menjenguk orang mati, sebab akan mengingati diri pulang kekampung akhirat, sedang menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.
10. Hai anakku! Janganlah engaku makan sampai kenyang yang berlebih-lebihan.Sesungguhnya memberikan makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.
11. Hai anakku! Janganlah engkau terus menerus menelan kerana manisnya sesuatu, dan jangan pula lekas engkau muntahkan kerana pahitnya.(Yang manis itu biasanya mendatangkan penyakit,sedangkan yang pahit biasa menjadi ubat)
12. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa kepada allah,rundingkanlah urusanmu kepada alim ulama' (dengan cara minta nasihat kepadanya)
13. Bukanlah baik namanya, bila engkau selalu mempelajari segala macam ilmu yang belum engkau ketahui, sedang ilmu yang telah diperolehi belum lagi engkau amalkan. Hal seperti ini tak ubahnya dengan perbuatan seseorang yang mencari kayu api, setelah dikumpulkan,lalu dipikulnya, tapi dia tak kuat membawanya , kemudian dia tambah lagi.
14. Hai anakku! Kalau engkau ingin hendak mengambil seseorang menjadi teman, maka ujilah dia lebih dahulu dengan cara membuat dia marah, kalau dia di waktu marahnya masih memberikan keinsafan (kesedaran) kepada engkau, maka bolehlah dia dijadikan teman, kalau tidak begitu, maka hendaklah engkau berhati-hati.
15. Hendaklah selalu tutur katamu baik dan wajahmu manis, engkau akan lebih disukai orang lebih disukainya dari orang-orang yang sudah pernah memberikan pemberian yang mahal-mahal.
16. Hai anakku! Kalau engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya, dan pasti dia akan selalu mengharapkanmu.
17. Hai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tindak tandukmu, seperti orang yang tidak mengharapkan pujian seseorang dan tidak pula menimbulkan celaan orang.Dirinya bekerja kelihatan letih, tapi manusia selalu memandangnya dengan tenang.
18. Hai anakku! Usahakanlah jangan sampai keluar dan mulutnu kata-kata kasar, sesungguhnya engkau akan selamat bila engkau bersifat pendiam.Kalau akan berbicara juga, bicaralah yang akan mendatangkan manfaat kepada orang lain.
19. Hai anakku! Janganlah engkau condong ke dunia ini dan janganlah hatimu repot kerana dunia saja, kerana engkau dijadikan allah bukanlah untuk dunia. Tidak adalah makhluk yang dijadikan allah, lebih hina daripada orang yang telah terpedaya oleh dunia. Mati sebab akan mengingati diri pulang ke kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.
20. Hai anakku! Janganlah engkau ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang mencengangkan (menggelikan), janganlah engkau berjalan tanpa ada tujuan yang tertentu, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak berguna bagimu, janganlah menyia-yiakan hartamu, sedangkan harta orang lain engkau pelihara, kerana sesungguhnya yang menjadi hartamu ialah yang engkau usahakan, sedang harta orang lain itu belum tentu menjadi milikmu.
21. Hai anakku! Siapa yang penyayang tentu akan disayangi orang pula, siapa yang tidak pandai menahan lidahnya berkata yang buruk tentu dia akan menyesal akhirnya.
22. Hai anakku! Bergaul rapatlah dengan alim-ulama', diam dan dengarlah baik-baik segala nasihatnya, sesungguhnya hati akan hidup dengan adanya cahaya hikmah (ilmu pengetahuan) sebagaimana tanah biar subur kerana air hujan, janganlah engkau membantah mereka, tentu mereka akan marah kepadanya.
23. Engkau ambillah harta benda dunia ini sekadar keperluan dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk keperluan di akhirat nantinya,jangan engkau tendang kehidupan dunia ini seluruhnya, engkau akan menjadi pengemis yang akan menambah berat tanggungjawab orang lain. Janganlah engkau berteman dengan orang bodoh dan janganlah pula dengan orang yang bermuka dua (tidak berpendirian)
 
Terbitan : Bahagian Pengurusan dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor

Wednesday, 7 November 2012

Shopping online

Shopping ! Shopping ! Shopping !
Aku mmg suke shopping online baru2 ni 1 opis jangkit shopping online kat cotton on. Giler murah kasut rubi rm15 je selesa pakai pulak tu . Paling giler tgk baju kids. Aku rembat byk tuk faris. Murah baru rm8.70 kainnyer pun sejuk je.

Comel tak ?? muahhaaaaa
Kalau korang nak beli pi kat website cotton on http://asia.cottonon.com
Kat oulet pun ade sale tp tak dpt harga mcm beli online.
Outlet Cotton on kat jb ni yang aku tau kat jusco tebrau ada tentu sekali kat Johor Premium Outlet
Selamat bershopping

Bubye ♥

Nasi Goreng suke ati aku

Nasi goreng yang sgt mudah nak masak. Aku mmg pengemar nasi goreng lg2 klu yg spicy. Laki aku pun puji klu aku masak nasi goreng sedap katenya .. kembang edung mak yg mmg kembang ni muaaahaaa..

Resepi Nasi Goreng suke hati aku .

Nasi Putih ( aku suke nasi yg lembut tak mau yg keras )
Cili Api Thailand yg warna merah aku letak byk2
Bawang Merah 5 Biji
Bawang Putih 5 Biji
Telur
Sotong
Udang
Belacan Bakar
Ikan Bilis

Cara2:
Cili api + Bawang merah kecik + Bawang Putih tumbuk halus tak halus sgt kasar tak kasar sgt. Kalau bole tumbuh pakai batu lesung tak moh blend tak sodap. Agak2 dah ok letak Balacan bakar tumbuk sampai belacan tak nampak =) . Goreng Telur hancurkan telur . Sotong + Udang Goreng ala2 manja . Ikan Bilis Goreng garing2 . Masukkan Cili api td tumis sampai naik bau letak garam , aji + gule sikit je . Letak Sotong + Udang kacau sampai sebati. Masukkan Nasi kacau sampai rempah sebati gan nasi. Masukkan Ikan bilis gan telur kacau2 sampai puas hati . Angkat Nasi goreng tabur daun sup sikit. Dalam 1/2 jam je siap nasi goreng ni.


Nasi Goreng suka hati aku

Lepas makan nasi goreng tambahkan lemak makan cheese cake coklat


Ni pun laki aku puji sedap katenya

Bubye ♥

Tuesday, 6 November 2012

Voucher Murah jimat $$$

Aku mmg tersangat lah suke langgan voucher2 yg murah2 ni. Semalam rembat voucher bayou lagoon melaka. Murah okay harga asal rm286 tp after diskaun hanya rm148 dgn lincah kaduk beli lah 1. Tarikh travel dr date kite beli sampai lah 31/03/2012. Nak p bile tak pikir lg. Korang pun leh lah melanggan mydeal , groupon pun okay. Ada spa murah2 tau ! Tak sabau nak tgk studio suite nya mcm mn bentuk tgk gambo cam lawo.

Cara nak beli jgn risau sgt senang semudah minum susu fresh farm hihihi
Semua step akan ditunjuk. Janji akaun bank ade duit . Klu ade CC lg senang

Bubye ♥

Daging Korban

Sedang memerah otak nak masak apa daging korban ni byk dpt ms raya haji. Tak nak jd mcm tahun lepas dok simpan dlm peti lama2 buang aissshhh pembaziran sgt2. Semalam masak kari daging mcm teringin nak makan so gan lincah kaduk masaklah kari daging KACUKAN. Nape kacukan pulak ye.. ape taknyer aku dah kacukkan cara masakkan melayu + malbari. Laki aku ni org malbari ms kahwin arwah mak mertua ajar aku masak kari stail malbari ni sedap tp tak bape nak pedas. Bila balik umah aku dah derhaka telah mengahwinkan cara masakan kari ni melayu + malbari. Rasa spicy sikit.

Cara2 masak kari daging kacukan (wah giler gempak)

Bawang besar 2 biji
Bawang Putih 4 biji
Bawang merah kecik 3 biji
Halia
Lada Kering 10 tangkai je
# Bawang besar 1 biji blander sama gan cili kering . Bawang putih gan halia tumbuk . Bawang merah kecik potong hiris2. Bawang besar 1 biji potong hiris2 juga

Serbuk kari babas
Lada merah - Belah 2 Buang biji
tomato - Belah 4
Bendir - Takyah belah
Terung - Belah 4
Kentang - Belah 4
Kulit kayu manis
bunga lawang
Daging Lembu
Santan
Daun Kari

Cara2 masak step by step

Letak Daging lembu + Kentang dalam periuk letah air sikit biarkan ala2 panas manja letak serbuk kari dlm 6 sudu besar agak2 korang nak pekat @ cair. Kalau daging aku suke pekat klu ayam suka cair .
Kacau kari tu sampai sebati gan air . Letak bawang gan halia tumbuk tu separuh dari yg di tumbuk ke periuk + 1 biji bawang besar yg di hiris + daun kari sikit . Dah mendidih masukkan santan kacau sampai sebati.
Masukkan Tomata yg di belah 4 + terung yang di belah 4.
Amek kuali goreng darat rempah2 yg lain . Tumis bawang merak kecik agak2 garing sikit . Masukkan Lada kering yg telah dikisar .Masukkan Halia + bawang putih tumbuh + Daun kari + Bunga lawang + Kulit Kayu Manis + Lada Merah . Tumis sampai garing lada kering tu pastu tuang dalam periuk yg daging tu. Kacau2 biar sampai mendidih letak garam , pak aji sikit. Test klu rasa dah cukup rasa . Kentang dah empok . Leh Masukkan bendir tutup api . Tara siap.

tips merebus daging letak sedikit je air semasa rebus sbb daging tu dah kuarkan air . Rebus letak halia tumbuk sikit rebus sampai air agak kering sikit tapis air rebusan tu yg sikit tu leh masukkan dlm kari @ simpan wat goreng mee. Kalau aku letak madu sikit tuk cepatkan daging tu empuk.


Suka makan bendir yg tak bape nak masak

Bubye ♥