Sinopsis Sehangat Asmara
Mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di London, bertemu dengan Zainal Arief. Kay seorang gadis yang agak sosial, Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan mahu merubah hidup Kay yang hanya hanyut dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara tetapi perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga.
Zainal balik ke Malaysia terlebih dahulu tetapi Zainal menghilangkan diri meninggalkan Kay yang sedang hamil anak mereka di luar negara. Kay sangat rindukan Zainal tetapi suaminya tu tetap tak muncul, Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay lupakan Zainal.
Setelah 9 tahun berlalu, anak mereka sudah membesar barulah Zainal muncul untuk menuntut hak sebagai bapa kepada anak perempuan mereka , Misya. Zainal ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah dan dia tidak menyangka ada seorang anak perempuan. Kay menyimpan dendam pada Zainal dan tak mahu membenarkan Zainal menghampiri Misya kerana meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita.
Apabila Zainal mahu membawa kes ke mahkamah barulah Kay lembut hati membenarkan Zainal bertemu anak mereka. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih ada perasaan cinta lagi dengan Kay, sedangkan pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman. Zainal mula meraih cinta dari Kay semula kerana mahukan keluarga yang bahagia dengan Kay dan anak mereka. Misya pula sedah rapat dengan Zainal, demi anak mereka Kay hidup semula dengan Zainal walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal.
Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita. Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.
Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Bapa Kay mengaku akhirnya yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, tetapi bapa Kay sudah insaf dan mahu Kay dan Zainal berbaik semula
Ending cite ni kay lahirkan seorg bayi lelaki yg di beri nama munir. Kay & Nal bahgia bersama Misya & Munir. Aku gelak gak baca masa name munir. Byk2 name nape nape Munir dia letak heheheheh Sorry ye org yg bernama munir. Yelah kalau Novel kebykkan nama mesti gempak2 okay.
Barisan Pelakon
Rita Rudiani / Kamilia Najwa
Adi Putra / Zainal Arief
Fahrin Ahmad / Azman
Dah lama Fahrin Ahmad tak kuar tv
Bila baca buku aku try bayangkan pelakon2 yg leh sesuai bawak watak2 dlm drama sehangat asmara ni. Baca buku sambil feeling2 sampai nangis T__T mmg kena sepak sekali gan laki aku . Serius sgt sedih time kay kena tinggal dengan nal . Kay kate sakit sgt ati ni T__T touching! Berbalik pd watak2 yg aku bygkan Zainal Arief aku bayangkan adiputra sesuai sbb zainal arief ni ade lesung pipit cam adi putra. Rita Rudaini Sebagai Kay , tp aku membayangkan nora danish . Mungkin sbb gadis yg 20 an yg seksi meksi . Rita cantik tp nampak cam matang. Tapi kalau jadi Kay yg telah ditinggalkan 9 thn tu mungkin sesuai . So kite tgk nanti drama ni keluar mcm mn. Tapi klu adi putra gan nora danish karang bored plak ^__^. Kalau Azman plak aku bygkan aqasha . Tapi klu fahrin pun ok ^__^.
Sama2 kite tunggu and nonton drama ni di Astro HD mustika .. Masak laki aku tak jadi lah nampaknyer nak potong Mustika HD ni lepas abis Adam&Hawa. hihihiihi
Bubye




No comments:
Post a Comment