Cara2 masak kari daging kacukan (wah giler gempak)
Bawang besar 2 biji
Bawang Putih 4 biji
Bawang merah kecik 3 biji
Halia
Lada Kering 10 tangkai je
# Bawang besar 1 biji blander sama gan cili kering . Bawang putih gan halia tumbuk . Bawang merah kecik potong hiris2. Bawang besar 1 biji potong hiris2 juga
Serbuk kari babas
Lada merah - Belah 2 Buang biji
tomato - Belah 4
Bendir - Takyah belah
Terung - Belah 4
Kentang - Belah 4
Kulit kayu manis
bunga lawang
Daging Lembu
Santan
Daun Kari
Cara2 masak step by step
Letak Daging lembu + Kentang dalam periuk letah air sikit biarkan ala2 panas manja letak serbuk kari dlm 6 sudu besar agak2 korang nak pekat @ cair. Kalau daging aku suke pekat klu ayam suka cair .
Kacau kari tu sampai sebati gan air . Letak bawang gan halia tumbuk tu separuh dari yg di tumbuk ke periuk + 1 biji bawang besar yg di hiris + daun kari sikit . Dah mendidih masukkan santan kacau sampai sebati.
Masukkan Tomata yg di belah 4 + terung yang di belah 4.
Amek kuali goreng darat rempah2 yg lain . Tumis bawang merak kecik agak2 garing sikit . Masukkan Lada kering yg telah dikisar .Masukkan Halia + bawang putih tumbuh + Daun kari + Bunga lawang + Kulit Kayu Manis + Lada Merah . Tumis sampai garing lada kering tu pastu tuang dalam periuk yg daging tu. Kacau2 biar sampai mendidih letak garam , pak aji sikit. Test klu rasa dah cukup rasa . Kentang dah empok . Leh Masukkan bendir tutup api . Tara siap.
tips merebus daging letak sedikit je air semasa rebus sbb daging tu dah kuarkan air . Rebus letak halia tumbuk sikit rebus sampai air agak kering sikit tapis air rebusan tu yg sikit tu leh masukkan dlm kari @ simpan wat goreng mee. Kalau aku letak madu sikit tuk cepatkan daging tu empuk.
Suka makan bendir yg tak bape nak masak
Bubye ♥

No comments:
Post a Comment