... أسلام عليكم ... (Assalamualaikum)
MA'AL HIJRAH 1434
Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa, InsyaAllah.
Doa Akhir Tahun
(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah – Rabu 29 Zulhijjah 1433H bersamaan 14 November 2012)
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Awal Tahun
(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib –Rabu/Mlm Khamis 1 Muharam 1434H/ 14 November 2012)
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku: Nabi Adam bertaubat kepada Allah. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. Hari pertama Allah menciptakan alam. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. Hari pertama Allah menurunkan hujan. Allah menj adik an 'Arasy. Allah menj adik an Luh Mahfuz. Allah menj adik an alam. Allah menj adik an Malaikat Jibril. Nabi Isa diangkat ke langit. |
Amalan Sunat BULAN MUHARRAM
a) Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
b) Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)
c) Dalam bulan ini disunatkan agar bykan amalan bersedekah
a) Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
b) Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)
c) Dalam bulan ini disunatkan agar bykan amalan bersedekah
kepada fakir miskin
d) Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
e) Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan
d) Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
e) Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan
terhadap mereka
f) Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
g) Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah
f) Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
g) Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah
berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.
h) Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak
h) Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak
pernah menolak permintaan orang yang meminta2 selama hidupnya


No comments:
Post a Comment